Thursday, November 11, 2010

SaKIT haTi

Asalam..Hati-hati yang menyelusuri pejalanan kehidupan.
Adakala hati rindu akan perhatian, adakala hati rindu keikhlasan persahabatan, Adakala hati inginkan sokongan dalam kehidupan. Biar seribu pertanyaan disoalkan, pasti pelbagai rasa hati yang terfikir dalam lubuk pemikiran.
Selangkah pejalanan kehidupan pelbagai rasa hati sudah bertunas dalam nurani. Adakala rasa hati itu mengulum semanis senyuman, mengukir sekalung pujian. Rasa hati itu, meransang sinar harapan, membenih kebahagiaan..
Namun adakala rasa hati itu perit, pahit, merosak jiwa pemikiran..hilang daya timbangan..Rasa hati itu kelisah, lelah mencari ketenangan...Hati itu pedih, hati itu luka.. Adakah mungkin benar? Hati itu sedang sakit.
Sakit hati.
Murung seharian, hilang daya tumpuan, kelisah tidak keruan...kenapa dengan hati ini?
hati ku sedih!! aku bingung!!! hati ku benci!! meluat!! kecewa....
aku Marah!!!!!
Kenapa kau marah hatiku?
aku sakit hati..aku marah..marah..marah pada siapa...aku suka kah marah..aaaaaa aku tidak suka perasaan itu...siksa, tidak tenang, menyakitkan.
Benarlah hati ku sedang sakit dan sakit itu buat hidup aku...Ya Allah, amarah..berprasangka, kecewa, hilang tumpuan belajarku..rosak hubungan dengan rakan sekeliling..
Betapa dasyatnya komplikasi SAKIT HATI itu..marah..dan akhirnya banyak yang rosak..
Dalam satu kisah..pada suatu hari ada seorang pemuda datang kepada Rasulullah, belia berkata:
"Wahai Rasulullah berikan aku nasihat"
Rasulullah menjawab:
" Jangan kamu Marah"
Pemuda itu bertanya lagi:
"Apakah ada lagi nasihat yang lain"
Rasulullah s.a.w tetap menjawab " Jangan kamu marah"
Betapa pentingnya insan memelihara, membelai hatinya supaya sabar..
sabar dari Marah...
belai hati nurani supaya sabar..jauhkan hati kecil dari Amarah..kerna belaian sabar itu:
"...Allah bersama-sama orang-orang yang sabar"(al-baqarah-249)
Allah bersama kita...siapa pemilik hati ini.. bukankah Allah..alangkah terbaiknya andai Allah bersama kita..kerana Dia yang punya kebahagian..Dia yang punyai Kasih sayang Dia yang punyai kedamaian..Dia Maha Besar..
Dikala hati sedih, hilang kepercayaan semua orang sesungguhnya Allah Maha mendengar dan Allah maha mengasihi..
kenapa kau marah hati..
Allah bersamamu..Allah mendengarmu..tadah kan tangan mu lapangkan dadamu...rintihkan kepada Allah rasa hati itu..masalah mu itu...Kerna dia Maha..
Jika kau jaga hati mu dari marah..belai hati mu dengan sabar nescaya Allah bersama mu..kau akan dapat segalanya..ketenangan kembali, kasih sayang sahabatmu, kecemerlangan timbangan akal mu...
Duhai hati jangan kau ikut kata nafsu dan syaitan....kerna dia membuatkan mu sakit..sakit hati..
kau yang rugi..
Kembalilah kepada yang maha Pengasih..sesungguhnya sifat bersabar dan lembut itu pakaian orang mukmin..kecantikan ketenangan mu indah di Mata Allah..Nyamannya...
_nukilan rahsia hati cintakan Allah_

Monday, July 5, 2010

Abstak Sungguh Kemanisan itu....

Kerna zahir bisa ringan melaksanakan "kebaikan" di mata manusia atau "tanggungjawab" di mata hamba Khalidnya...
Lantaran kerna nurani yang telah meresap kemanisan iman itu, telah merembeskan kemanisan itu kepada akal "logic" untuk ia iaitu manusia tidak merasakan lelah berkorban apa sahaja demi Khalidnya..
Ia yakin dengan janji-Nya, sunnatullah kebaikan akan dibalas kebaikan, dan lebih hakiki bila itu balasan dari yang Maha kekal..
Abstak sungguh kemanisan iman itu seperi sabda Rasullullah SAW:
" Jika terdapat perkara ini pada seseorang, Beliau akan merasakan kemanisan iman: Beliau mengasihi Allah dan Rasulnya daripada segala sesuatu, Beliau benci untuk kembali kepada kekufuran setelah dilepaskan Allah daripadanya, Sebagaimana ia benci dicampak ke dalam api neraka, Beliau mengasihi seseorang bukan kerana sesuatu kepentingan tetapi hanya kerana Allah"
Jangan merasa jangal dan fikirkan hanya sebagai khayalan....
kerana kemanisan itu dapat dirasakan oleh ruh kita...sebagaimana kemanisan makanan dapat dapat dirasai lidah....kemanisan iman pula dapat dirasai ruhani kita...kerana kita melaksanakan kebaikan yang fitrahnya kecintaan dan kesukaan nurani kita..itulah makanan ruhani dan kemanisannya juga dirasai ruhani...
-untuk nuraniku..kuhamba-

Friday, July 2, 2010

Ratusan Monolog insani

"kenapa baik sangat"
"pakaian biasa tetapi hati baik"
"pakaian cantik tapi hati tidak tentu lagi"
dan sebagainya....
Dalam kehidupan perkara2 seperti ini sering dilalui. sama ada sebagai pengaju persoalan atau diajukan persoalan. Namun yang pasti pekara ini adalah monolog setiap insan. Mungkin juga pencorak pejalanan hidup kita...
"Kenapa baik sangat". bagi pihak pengaju soalan, mungkin persoalan ini timbul akibat timbul rasa sangsi atas sesuatu tindakan, pemberian, atau gaya hidup seseorang. bagi pihak diajukan persoalan, mungkin timbul rasa sesuatu yang dilaksanakannya tidak dihargai, atau tindakanya tidak difahami dan sebagainya. hakikatnya andai sesuatu itu diterima secara positif, pasti kedua-dua pihak dapat kebaikan. "fitrah manusia suka kebaikan bukan keburukan".itu azali manusia mengapa perlu menidakkannya..
Pengaju persoalan akan lapang hatinya dari rasa perasangka yang menyesakkan dada.menerima kebaikan itu kerana manusia adalah saling lengkap melengkapi...siapa yang menolak kasih sayang??
Yang diajukan persoalan pula akan akan sedar setiap sesuatu kebaikan tidak mungkin akan diterima baik oleh seseorang, lalu memuhasabah diri semula agar tindakanya itu tidak mempunyai muslihat "keruh", dan alangkah baiknya andai sesuatu dibuat kerana Khalitnya...Indah.
Pasti tidak jemu tindak kebaikan walaupun beribu minit ia luangkan, walaupun berjuta kali diulangkan, walau berjuta-juta jarak perjalanan..kerana balasan kemanisan dari khalitnya..abstrak sungguh rasa kemanisan itu..kerana ia rasa kurniaan dari yang mencipta kita " manusia"..
-coretan untuk nurani hamba-
bersambung..