Wednesday, February 16, 2011

SAYANGI UKHUWAH KITA



Ukhuwah satu ikatan yang menjadi kenangan terindah setiap insan. Ukhuwah yang manis akan membuahkan semangat seseorang dalam kehidupan harian dan ukhuwah juga membuatkan insan sentiasa mengukirkan senyuman....
.
 

Dalam meniti hidup, ukhuwah persahabatan tidak mungkin sunyi dari ujian. Namun alangkah manisnya.....
Jika ujian ukhuwah itu mengeratkan lagi ikatan persahabatan.
Walaupun dilanda ujian, setiap insan bersahabat pasti berusaha untuk menjamin keutuhan ukhuwah penuh mahabbah...
Kerana betapa indah dan nyamannya kesetiaan seorang kawan, 

kepercayaan seorang teman,
kerisauan seorang rakan dan
sesungguhnya Islam itu indah,

Islam menganjurkan keindahan persahabatan itu.


Allah telah memberi kita panduan mengekalkan hubungan mahabbah itu melalui 7 formula mengatasi kerosakan ukhwah dalam kitab suci Al-Quran.

Pertamanya
TABAYYUN 
iaitu mencari kejelasan maklumat yang diceritakan atau yang disampaikan kepada seseorang.
Sikap Tabaiyun, meringankan diri sahabat untuk mencari kejelasan bukti maklumat mengenai cerita sahabatnya. Persahabatan setia akan terpelihara dari kerosakan ikatan ukhuwah, jika sikap tabayyun diamalkan.

Informasi atau maklumat yang disampaikan berkemungkin palsu. Perkara ini berlaku lantaran, kelalaian penyampainya atau konspirasi golongan munafik untuk merobahkan ikatan persaudaraan Islam.

Seerah telah mencoretkan...

Apabila berlaku ketidakjelasan maklumat dan konspirasi manipulasi golongan munafik terhadap Aishah r.a.

Ketidakjelasan maklumat itu telah menyebabkan keretakan hubungan antara Rasulullah s.a.w dengan Aisyah r.a.
Seerah itu terjadi apabila Aisyah yang mengikut nabi dalam sebuah peperangan telah tertinggal dalam pejalanan usai peperangan. Aisyah yang pergi mencari kalung yang jatuh semasa pergi berhadas disangka sudah masuk kedalam rumah kecil atas tungangan unta yang dikhaskan untuknya. Namun Aisyah sebenarnya tertinggal.
Aishah menyedari beliau telah ditinggalkan setelah sekembali dari mencari kalung. Aisyah r.a tertidur sambil menunggu, dengan harapan kemungkinan rombongan berpatah balik mencarinya. Akhirnya seorang sababat bernama Safwan yang ditugaskan meneliti perkara tertinggal dalam pejalanan, telah menjumpai Aisyah r.a.
Dalam perjalanan pulang, dengan Aisyah di atas unta, manakala Safwan berjalan sambil menarik unta, mereka telah menemui golongan munafik. Golongan munafik ini, telah bertindak menyebar fitnah bahawa Aisyah r.a mempunyai hubungan sulit dengan Safwan.
Tanpa meneliti kejelasan maklumat, hampir seluruh penduduk Madinah telah mempercayai fitnah tersebut. Sehinggakan Rasulullah juga turut terkesan dengan fitnah tersebut, Rasulullah tidak kembali ke rumah Aisyah buat seketika. Aisyah telah mengalami ujian berat ini sehinggakan diserang demam yang panjang.

Ujian fitnah ini telah berlangsung dalam masa yang panjang.Namun akhirnya setelah lama wahyu tidak turun daripada Allah s.w.t, Allah telah menurunkan wahyu, menjelaskan mengenai kesucian Aisyah daripada fitnah tersebut.

Sesungguhnya Allah telah memperingati agar kita sentiasa mencari kejelasan maklumat itu, tambahanlagi maklumat itu dari golongan fasik. Firman Allah dalam surah al Hujurat ayat 6:

Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”

Keduanya langkah untuk mengelakkan kerobohan ukhuwah

TIDAK MEMPEROLOK-OLOK ORANG ATAU KELOMPOK LAIN.

Insan akan berusaha sehabis baik untuk mengekalkan persahabatan yang dicintainya, antara langkah mengelakkan kehancuran perhubungan itu, jangan kita memperolok-olokkan atau memperkecilkan orang atau kelompok lain, Allah telah ber firman:

"Wahai orang-orang yang beriman janganlah satu kaum memperolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang memperolok-olokkan) ." ( Al Hujurat :11)

Realiti dalam kehidupan, perlakuan memperolokkan atau memandang rendah seseorang akan menyebabkan persaingan. Andai wujud persaingan, rasa kasih dan rasa kebersamaan akan mereput dan sidikit demi sedikit akan lenyap dalam hati seseorang sahabat. Perasaan itu akan meraja di hati dan merantai keegoan untuk saling tidak berkongsi.


Akhirnya keretakan persahabatan akan berlaku.
Betapa ruginya jika perasaan itu wujud, sahabat akan mula menjadi musuh, kerana perasaan berhasat dengki sudah mulai wujud, kehidupan pula penuh dengan dendam.
dan tiada lagi keberkatan kasih sayang daripada yang Maha Pengasih dan Penyanyang.

Langkah ketiga bagi mengelakkan keruntukan ukhuwah.

Jauhi mencela orang lain.

Realitinya Setiap insan mempunyai kelemahannya sendiri, mungkin rakan baik kita suka akan benda yang pelik, sehingga kadang-kala menggangu kita. Namun, kekurangan bukanlah untuk dicela, lantaran Islam membawa kita untuk bersaudara...

Dari kehidupan jahiliah yang berpecah-belah Islam, telah mempersaudarakan kita, dari hidup penuh dendam dan peperangan sesama kita, kepada rasa kasih dalam kesatuan Islam. Tidak wujud lagi perasaan hasad, rasa dendam setelah manusia itu bernama Islam. 

Dan betapa buruknya mencela itu, tambahan pula Allah telah mengingatkan kita agar memelihara ukhuwah dan memcela itu samalah seperti mencela diri sendiri, samalah seperti membuka aib dan kelemahan sendiri..

Alllah berfirmah dalam bahagian seterusnya dalam surah al-hujarat ayat 11:

"Dan janganlah kamu mencela diri sendiri".
Kerana mencela orang lain samalah seperti mecela diri sendiri.

Tambahan lagi, Allah swt sendiri menyuruh Rasulullah saw dan orang-orang yang mengikutinya untuk bersabar atas segala kekurangan orang-orang mukmin.___________________________________

"Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru tuhannya di waktu pagi dan petang hari dengan mengharap keridhaanNya. " ( Al-Kahfi : 28).

Yang Keempatnya 

MENINGGALKAN SEBUTAN YANG TIDAK BAIK TERHADAP SESAMA MUSLIM.

Dikala sekolah dahulu, seringkali rakan-rakan sekelas akan mengelar atau memberi nama samaran kepada rakan yang lain. Ada yang dipanggil si bulat, ada yang dipanggil pakcik soya, ada dipanggil hajar panjang, hajar pendek dan banyak lagi. Samaran-samaran nama itu sering kali mengundang ketawa girang seluruh kelas, usik-usikan dan sangkat-menyangkat, namun adakah samaran itu disukai mereka?. 

Mari cuba kita renungkan kembali..
Pernahkah rakan kita merajuk pada sesetengah situasi andai nama tersebut dilontarkan?..
pernahkah rakan kita berkecil hati andai nama itu digunakan semasa berinteraksi dengan guru?, 

pernahkah rakan kita bermasam muka andai nama itu ditulis di papan hitam?.
Pengalaman penulis, nama samaran tersebut tidak selalu disukai..mungkin kerana gelaran atau samaran itu, selalunya gelaran yang buruk atau tidak disukai mereka.

Allah telah berfirman dalam bahagian seterusnya ayat 11 surah al-Hujurat:

"Dan janganlah kamu saling memanggil dengan sebutan-sebutan (yang buruk)”

jelaslah bahawa sebutan yang tidak baik akan menyebabkan orang yang disebut itu terhiris hatinya. Jika hati sudah terhiris, persaudaraan pasti akan retak. 




Dan lebih parah jika samaran seperti pengkafiran terhadap sesama muslim. Sebagai contoh 

“Kenapa kau ni tak solat da macam orang cina dah”, “dah kenapa kau makan tangan kiri kau cina ke?” Dan banyak lagi gelaran yang kita sebanarnya tidak sedari.

Gelaran-gelaran itu mengudang rasa kecil hati dan mengundang lain-lain lagi nilai negatif.
Yang kita sendiri tahu bahawa ia akan membibitkan pepecahan dalam hubungan persaudaraan kita.

Yang ke lima

JAUHI PRASANGKA

Bersangka buruk atau prasangka kepada seseorang selalu kita alami, di rumah, di tempat kerja mahupun di jalan raya. Dalam hubungan persahabatan juga kita mengalaminya dan prasangaka itu selalunya akan mengundang rasa tidak percaya kepada sahabat.
Sesungguhnya prasangka itu Allah telah memperingati kita: 

 al-hujarat 12----------------------------------------------------------------------------------
"Wahai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka, kerana sebahagian prasangka itu dosa."


susungguhnya juga Islam tidak membenarkan perasaan prasangka dan menganjurkan supaya umatnya berbaik sangka.
serah menceritakan dalam suatu situasi:
Dalam sebuah hadits dari Ummul Mukminin Shafiyah binti Huyai isteri Rasulullah s.a.w :

"Rasulullah saw pernah i'tikaf di masjid, lalu aku datang menjenguk beliau pada suatu malam untuk berbincang-bincang dengan beliau. (Setelah selesai) aku pun bangkit untuk kembali dan beliau pun bangkit bersamaku untuk menemani. Ketika itu lewatlah dua orang laki-laki Anshor ra. Tatkala mereka melihat Rasulullah saw, mereka pun mempercepatkan langkahnya. Rasulullah saw pun berseru : "Perlahanlah! Wanita ini adalah Shafiyah!" Dua orang itu pun berkata : "Subhanallah, ya Rasulullah!" Maka Rasulullah saw bersabda : "Sesungguhnya syaitan menjalar pada diri Adam pada aliran darah dan sungguh aku khuatir syaitan akan melemparkan kejahatan pada hati kamu berdua (ketika melihat aku) lalu terucaplah sesuatu." (hr Bukhari).

Dan Rasulullah juga bersabda:
“hindarilah prasangka, kerana prasangka itu adalah paling dusta”(hr Bukhari)


Langkah keenam dalam mengelak keruntuhan ukhuwah perhubungan.

Tidak mencari-cari kesalahan dan aurat orang lain.

Allah swt amat suka bila kita berusaha menutup aib saudara kita sendiri. Saling merahsiakan keaiban.
Tindakan mulia itu akan mencetuskan rasa aman dan tenang dalam perhubungan seharian.


Firman Allah swt :

" Dan janganlah kamu sekelian mencari-cari kesalahan (dan aurat) orang lain." (Al-Hujurat : 12)

Islam, mengajarkan kita supaya tidak mengintai-intai mencari kesalahan atau melihat aurat orang lain.

Dalam sebuah kisah dalam kalangan sahabat di mana seseorang menemui Abdullah bin Masud dan berkata, "Itu Walid bin Uqbah dan dari janggutnya menitis khamar." Ibnu Masud berkata, "Kita dilarang ber'tajassus'. Jika memang nampak jelas suatu kemaksiatan, barulah kita mengambil sikap menghukumnya."
Satu kisah lagi, Umar yang meronda di tengah malam untuk menjaga keselamatan negara, beliau telah terdengar orang menyanyi-nyanyi. setelah itu Umar terus memanjat pagar dan pergi menemui si polan tersebut. Umar mengatakan bahawa adakah di polan akan mengira bahawa Allah akan menutup perbuatan dosanya. Namun si polan tersebut, menyatakan wahai amirul mukminin jangan kau terburu-buru menjatuhkan hukuman, andai aku melakukan kesalahan, engkau pula telah melakukan 3 kesalahan sekali gus:

Pertama engkau masuk ke rumahku bukan melalui pintunya, sedangkan Allah menyuruh memasuki rumah melalui pintunya.

" Dan masuklah ke dalam rumah-rumah itu dari pintu-pintunya" (albaqarah-189)
Kedua kau masuk tanpa memberi salam, sedangkan Allah menyuruh untuk masuk ke rumah dengan memberi salam dan meminta keizinan penghuninya

"Hai orang-orang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumah kamu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya" (an nur: 27)

Dan yang ke tiga kau bertajassus iaitu mencari kesalahan dan aurat ku sedangkan Allah melarangnya:

" Dan janganlah kamu sekelian mencari-cari kesalahan (dan aurat) orang lain." (Al-Hujurat : 12)

Betapa tindakan mencari-cari kesalahan, keaiban atau aurat sesama kita akan mengundang rasa kurang enak, dan akan membawa kepada rasa kurang selesa dalam hubungan. Justeru demi menjaga hubungan dan berlandaskan keredoaan Allah sahabat sejati pasti berusaha memelihari diri mereka daripadabertajassus ini.


Yang terakhir atau perkara ke 7

JAUHI GHIBAH ATAU MENGUMPAT

“orang dan janganlah menggunjingkan(mengumpat) satu sama lain”Al-hujarat ayat 12

Perlakuan itu mengundang dua kemungkinan merugikan persahabatan yang seterusnya mengundang dosa. Andai perkara itu benar ia menjadi umpatan kita kepada sahabat kita dan andai perkara itu salah ia menjadi fitnah kepada sahabat kita.
Begitu besar dosa ghibah/mengumpat ini sehinggakan Allah memperingati kita dengan menyamakan orang melakukan ghibah seperti memakan daging saudaranya sendiri.
Dan Dalam perjalanan Israk Mikraj, baginda Rasulullah telah dipersaksikan dengan seseorang berkuku tembaga, mencakar-cakar wajah dan dadanya. Baginda bertanya kepada Jibril tentang hal tersebut dan Jibril menjelaskan bahawa orang tersebut suka memakan daging saudaranya sendiri iaitu berghibah ketika di dunia.

Semoga persahabatan yang dijalinkan bebas dari ghibah yang jelek ini. Perumpaan ghibah sendiri sangat-sangat jelek namun ujian ghibah ini makin dibuat makin lazat jadinya...
Semoga kita terpelihara dari merasa lazat memakan daging saudara kita sendiri..
dan andai kita tersasar kita kembali ke jalan yang Allah redoi.
.

_________________________________________________________________________________
Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. dan janganlah suka mencela dirimu sendiri

[1409] dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman[

1410] dan barangsiapa yang tidak bertobat, Maka mereka Itulah orang-orang yang zalim.

[1409] Jangan mencela dirimu sendiri maksudnya ialah mencela antara sesama mukmin karana orang-orang mukmin seperti satu tubuh.

[1410] panggilan yang buruk ialah gelar yang tidak disukai oleh orang yang digelari, seperti panggilan kepada orang yang sudah beriman, dengan panggilan seperti: Hai fasik, Hai kafir dan sebagainya.
______________________________________________________________49;11

No comments:

Post a Comment