Sunday, January 23, 2011

KU HADIAHKAN SEJUTA SENYUMAN (‘’,)..




KU HADIAHKAN SEJUTA SENYUMAN ..

Suria bangun, sinar memancar seluruh alam raya ciptaan yang Maha pengasih.
Senyuman suria, sirnakan seluruh duka semalam,
Sinar suria pengubat jiwa-jiwa insani, penghibur nurani pilihan Ilahi..
Terpancar sejuta dan semanis senyuman buat jiwa-jiwa yang mengasihi..
Abah dan mak ku rindui, abang dan kakak pengubat hati nurani, adik-adik harapan, sahabat-sahabat teman setia didikan terindah

SEJUTA SENYUMAN KU HADIAHKAN UNTUK KALIAN


Allah hu akbar-Allah hu akbar
Allah ya rahman Allah ya rahim
“ sesunggunya hati-hati ini kasih-mengasihi kerana mu ya Allah,
Lapangkan hati-hati ini untuk redo mu Ya Allah,
Hati-hati ini bersatu, berkorban, dan mengharapkan keredoaan dan kasih sayang abadi mu Ya Allah,
Hati-hati ini rindukan kedamaian, keamanan hati-hati seluruh alam raya Mu ya Allah”


Ya Allah kami memohon jangan Kau uji hati-hati ini dengan kebencian,
Jangan kau uji hati-hati ini dengan ujian yang memisahkan kami..
Kerana tanpa kasih-sayang mu..tanpa takut akan siksaan mu, kerana tanpa harap akan keredoaan Mu dan tanpa cinta akan Mu, hati-hati ini akan tandus nilai keindahan peribadian,
akan roboh persaudaraan jalinan penuh mahabbah…
Satukan hati-hati kami di jalan keredoaan mu, di alam kerahmatan mu, dalam hubungan yang mencintai Mu,
Kukuh dipukul badai, erat walau dilanda ujian…
Hati-hati pengasih pilihan ilahi..Alangkan susah memcari kawan kenalan di zaman ini..
Alangkah susah mencari kawan rabbani..
Alangkah susah menjalin ikatan dalam keredoaan Ilahi..


Hati- hati pengasih pilihan ilahi..
Gemgam erat hati kawan mu, tautkan ia dengan mahabbah cinta terAgung
Pasak kemas ia dengan acuan Yang memberi kasih sayang, Yang penyubur kasih sayang, yang penentu janji abadi di kampung halaman kita akhirat…

1 comment: