Thursday, November 14, 2013

Lembaran Hijrah


 Taubatan Nasuha
 

Assalamualaikum wbt..




Bahagia

Alhamdulillah sempena maal hijrah, tahun baru dalam Islam, banyak jiwa-jiwa yang bersedia kepada sesuatu yang baru, baru dan yang lebih baik.

InsyaAllah hati manusia tidak pernah kering daripada dahagakan kasih sayang & kebenaran.
Hari yang bahagia daripada kesalahan, tenang daripada kesusutan, pendosa kepada fitrah yang suci dan bersih.

Tahun baru yang akan dilalui dengan harapan kesucian ibarat selembar kertas putih baru yang bebas dari catitan dosa-dosa dan penyesalan.

Tahun baru yang tenang hatinya daripada sejarah
 Dosa musim yang lalu kepada Hamba Allah yang bahagia.

 
Dosa
Dosa Menjerat manusia

Wabishah bin Ma’bad radhiallahu anhu, ia berkata:

 ”Aku telah datang kepada Rasulullah shalallahu alaihi wa salam, lalu beliau bersabda: ‘Apakah engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?’ Aku menjawab: ‘Benar.’ Beliau bersabda: ‘Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu adalah apa-apa yang menentramkan jiwa dan menenangkan hati, dan dosa itu adalah apa-apa yang meragukan jiwa dan meresahkan hati, walaupun orang-orang memberikan fatwa kepadamu dan mereka membenarkannya.’ ”(HR. Ahmad dan Darimi, Hadits hasan)

Moga tahun baru,ini, hati bebas daripada keresahan hati. Lahir hati yang tenang dan bahagia dengan mengigati Allah kerana:

 “Hanya dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang.”
[Ar-Ra'd : 28].

Mengigati Allah, ingat hanya syariat-Nya menjadi penyuluh hati insan kepada terang cahaya dunia dan kehidupan akhirat yang abadi.

 ‘Asstaghfirullah hal a’zim”
“Ya allah ampunilah dosa kami
Kami memohon ampun kepada Mu dengan sebenar-benarnya.
Bantulah hati-hati kami ya Allah
Sesunggunggya kami bertaubat atas dosa-dosa kami ya Allah”


Taubat

Umumnya taubat bermaksud kekesalan dan keinsafan terhadap dosa yang dilakukan, lalu memohon keampunan Allah dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi:

“Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah , dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal”
(Surah Ali ‘Imran: 135-136).

Moga pada awal pagi hari-hari di tahun baru, kita bangun dan Allah bawa kita kepada pengakhiran yang bahagia abadi.

Cinta Allah sangat kuat, kerana dia Maha Pengasih Penyayang, Doakan moga kita kembali mencintai Allah, kerana Allah satu-satunya yang akan membawa kapada kebahagiaan abadi.

Sulami Taubat dengan kinsafan dan keikhlasan, moga Allah terima taubat kita.
Allah mengetahui hati kita, kerana Allah memiliki hati kita, moga keinsafan yang lahir daripada hati kita, membawa kita kepada
 Taubatan Nasuha, taubat yang seiklasnya, dengan keazaman yang dalam untuk terus bebas dari kegelapan dan keresahan musim yang lalu.

Sekalipun kita sudah berulang kali tergelincir atas kelemahan, kecuaian, dan kejahilan, tetapi Allah Maha Mengetahui keiklasan keinsafan hambanya.

Insan kadangkala dia terjatuh lagi dalam kesalahan lalu, sekalipun ia telah benar-benar insaf sebelumnya. Jika ini berlaku, ulangilah taubat dan jagan putus asa memohon…








Jika tidak manusia tidak mendapat keampunan kerana syaitan akan terus membisikkan perasaan putus asa, sedangkan Allah Maha Pengampun kepada hambanya yang bertaubat:


“Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Pengampunan

Allah Maha Pengampun, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Pintu Taubat sentiasa terbuka luas.

 Walau sebesar mana
 Dosa mu Insan.
“Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah az-Zumar: 53).


Duhai Insan, pasang keazaman sekental mungkin, doa padanya-Nya agar kita disayanginya, agar awal pagi kita bangun dalan keredoaanya

 “Wahai Yang Membolak-balikkan jantung hati (Allah)! Tetapkan daku atas agamuMu” (Riwayat al-Tirmizi, Ahmad, Ibn Abi ‘Asim- dinilai sahih).

 Yakin Dengan Janji Allah:

“Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Jangan jadikan kami orang yang menyesal nanti… ya Allah..menyesal tidak memohon ampun pada Mu Allah

  

Saturday, June 9, 2012

HITUNGAN PERJALANAN

Asalamualaikum wbt, ucapan syukur yang tak terhingga pada Rabbul Izzati, 

kerana Dia rindu pada ku..kerana Dia ingat pada ku..

Kerna Dia punyai hari-hari "perjalanan kehidupan".

hari-hari perjalan kehidupan insan menuju kampung abadi.

Add caption


hari-hari perjalanan kehidupan itu bergerak, bergerak dengan hitungan Maha Kuasa,

bergerak tanpa sempat dipaut kudrat, agar dapat dihitung diameter ertinya...



Tanpa sedar, tanpa kudrat manusia

hari-hari "perjalanan kehidupan" itu menjadi permulaan satu debaran
debaran-demi debaran
debaran itu meresah hati dan pemikiran, 
kerana tiada cara dapat meyelesaikannya pada hitungan biasa.


Pada saat ketika akal dan kudrat tidak dapat mengapai dan menyelesaikan debaran itu,
debaran yang muncul dari ujian "perjalanan kehidupan"

Hati kecil insan pasti pula terhitung-hitung agar tiada lagi debaran yang bakal menyusul,
namun saat ketika itu juga debaran ujian baru menyusul 


Akal biasa pula berputar ligat menghitung dengan harapan bagai tiada yang berlaku.
Namun tak terhitung hitungan itu
Lalu nafsu mengambil kesempatan agar pejamkan saja, biar debaran itu berlalu...

berkali kali roda akal dan nafsu diputar agar bisa kembali normal jantung didada

namun debaran demi debaran turun bagai hujan...

pada saat ketika itu, jika diizinkan Allah yang Maha pengasih
Jika insan tidak: 



_____________________ar-Rahman 55:11_____________________________

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?"

__________________________________________________________________________________


Jika bukan dengan izin dari Allah manusia tidak dapat menilai, manusia tidak akan mengerti.

Bahawa, debaran itu tidak akan berhenti hanya dengan izin-Nya,

mintalah padanya kerana tiada kudrat manusia untuk melawan hitungan Allah.

dan debaran-debaran itu tanda rindu dan ingat Allah pada hamba-Nya  



_________________________Mohon  Pada-Nya________________________

“Ya Allah! Aku mengharapkan (mendapat) rahmatMu, 
oleh karena itu, jangan Engkau biarkan diriku sekejap mata (tanpa pertolongan atau rahmat dariMu). Perbaikilah seluruh urusanku,
 tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau.”


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Namun adakah mungkin rintihan doa ini diberi perhatian 
Ya Rabbi, betapa insan yang kerdil ini tengelam dalam beribu, berjuta dan tak terhingga alam ciptaan Mu,
tenggelam juga dalam lautan ribuan jutaan dan tak terhingga nyawa-nyawa manusia yang benafas dengan bertasih, berzikir dan bertahmid mengingati Mu,

___________________________Tuhan  yang___________________________

“….Pemelihara sekalian manusia.”
“ Yang menguasai sekalian manusia”
“ Tuhan yang berhak disembah oleh manusia”

__________________________an-nas 114: 1-3_________________________



Ya Rabbi betapa suara ini kecil, betapa hati ini terasing, kecil dan terasing dibandingkan hamba-hamba mu yang setia, yang jujur, yang amanah dan yang mengerti bahawa manusia sebagai hamba dan khalifah bukan percuma, bukan jua sia-sia….




____________________________________________________________________________________
Hakikat penawar abadi bagi hati yang bahagia
_____________________________________________________________________________________


"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) solat; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar". 
(Al Baqarah:153)




___  Sesunguhnya, hari-hari pejalanan kehidupan itu membentang______



Hanya pada-Nya sepenuh pengharapan
Hanya pada-Nya sepenuh kecintaan
Hanya padanya-Nya sepenuh Ketaqwaan dan ketakutan


________________________doalah agar permata hidayah-Nya milik mu insan

Monday, March 5, 2012

Kesalahan Lalu


Apakah kitakan mengerti antara masalah atau ujian, bagaimana biasa kita mengenalinya…
Adakah mungkin masalah dan ujian itu ialah satu perkara yang sama..
Untuk mengenalinya sudah menjadi sesuatu yang berat,
masakan pula mengharunginya
pasti itu satu yang bisa mempengaruh satu cerita hidup manusia.
Apa ertinya terus dalam masalah
dan sampai bila pula sanggup menghadapi ujian….
Mungkin Allah beri pilihan kepada kita, bukankah Allah beri panduan kitabullah dan sunnah Rasul serta akal untuk kita akhiri 2 perkara itu….

MASALAH

Jika perkara itu masalah, atau masalah hasil kesalahan kita,
cuba selidiki adakah mungkin akan kita terus menerus buang masa begitu sahaja…
tidak rasa rugikah,
atau mungkin kita ini sebenarnya pembawa masalah…jika kita begitu,
ia bukan sahaja menyusahkan hidup kita
namun kita adalah punca masalah kepada orang lain juga….
kerana bukan kita sahaja yang hidup di bumi ini dan kita bukan bercakap seorang dalam dunia ini…
kita ramai dan kemungkinan masalah itu membut orang lain juga susah…
fikir-fikir
adakah kita seteruk itu, adakah kita penting diri sendiri atau pun kita ini sebenarnya zalim..
menangguk di air yang keruh…untuk kepentingan diri sendiri…..
jika kita begitu fikirkanlah sampai bila kita akan puas dengan semuanya itu..adakah kita mahu kita terkorban dengan perangai kita sendiri.
masalah yang selama ini kita susahkan sebenarnya berasal pada diri kita sendiri...

UJIAN

Jika pun yang kita alami itu bukanlah masalah dari perangai kurang enak kita,
ia hanyalah ujian dari Allah untuk menguji kita.
Jika benar itu hanyalah ujian maka perkara itu pun kita harus selesaikan.
Selalunya perkara yang bukan dari kita, dan tidak tahu entah datang dari mana
kitakan cepat mengenalinya sebagai ujian berbanding masalah dari perangai diri kita, itu sangat susah untuk dikenali.
Jika itu ujian pecayalah kita harus sabar dan selesaikannya dengan tenang, dan jika seseorang itu dilanda ujian pastinya ia tidak sabar untuk menyelesaikannya..tidak sabar untuk mengakhiri ujian itu. Dan ia harus yakin bahawa

"kabus tidak akan berpanjangan"

Ujian akan mengajar dia untuk bijak mengatasi dugaan yang datang, ujian akan diakhiri dengan putus asa atau kegembiraan.
terserah kepada kita untuk memilihnya

………………………………………

bezanya ujian dan masalah mungkin..

Jika yang kita terima itu satu masalah, kita akan susah untuk menerima kesalahan diri sendiri, atau mungkin kita enak dengan imbuhan yang kita dapati, atau mungkin kita ego meskipun kita merasa resah dihati……
atau kita anggap ia sebagi ujian juga…kerna kita takut untuk mengakhirinya lantaran banyak perkara mengenai kesalahan diri kita akan kita sedari dan orang lain jugakan sedari.
Masalah jika berakhir akan berakhir dengan taubat penyesalah dan berusaha untuk pulihkan keadaan.
Namun jika berlaku sebaliknya masalah akan di akhiri dengan kejatuhan kita, kezaliman semula kepada kita, atau mungkin berakhir kerana kematian.

Jika masalah itu diakhiri dengan kematian, fikir-fikirkanlah..kerna di saat itu sudah tiada peluang kedua, pasti penyesalah lebih dasyat lagi
lantaran kita akan menghadapi mizan Allah tanpa ada peluang lagi untuk membetulkan keadaan.

...............................................................................
Apa pun klasifikasi banyak orang tentang ujian atau masalah, penulis pecaya dan mahu pembaca juga cuba memahaminya bahwa ujian dan masalah adalah dua perkara yang sangat berbeza.
Dua perkara yang membawa nilai yang berbeza dan membawa pengakhiran yang berbeza.


___________________________________________________________________________________


"Angkatlah bala atau ujian ke atas mu dengan banyak berdoa"


--------------------------------------------------hadith rasulullah riwayat tabrani abu naim dan al khatib


@sekadar akal yang mampu menimbang, rasa kurniaan lahi

Thursday, December 29, 2011

4 Heaven..



Salam untuk teman-teman perkongsian sekalian. Semoga perkongsian kita selama ini memberi permata bernilai kepada kita. Semoga segala perkongsian kita menjadi titis penawar hati dalam mencapai redo Allah.

Ingin sekali terus berkongsi, dan ingin sekali terus berbalas-balas buah fikiran, agar hati ini tidak terasa kering, agar hati ini terus dalam perhatian teman, agar hati ini tidak sendirian.

Jemput kalian semua untuk berbalas perkongsian berkenaan post ini.

Jahiliah

Perkara yang selalu terfikir apabila perkataan ini muncul ialah manusia yang tidak berpendidikan.

Atau mungkin terfikir perkataan ini hanya sesuai kepada masyarakat Khafir Quraisy Mekah sebelum kerasulan nabi Muhammad s.a.w dan tidak mungkin wujud manusia atau masyarakat jahiliah ini lagi pada masa kini.

Perkataan ini juga akan memberi rasa hati yang tidak enak.

Perkataan ini tidak sesuai dalam kamus hidup.

Namun adakah mungkin, jahiliah itu sebenarnya perkara yang dominan dalam kehidupan kita.

Definisi Jahiliah.

Jahiliah berdasarkan maksud bahasa

Berasal dari perkataan “jahala” bermakna bodoh.

Definisi berdasarkan istilah

Jahiliah ialah suatu yang tidak mempunyai panduan atau cahaya

Atau sesuatu kegelapan tanpa cahaya yang dapat memberi petunjuk

(seperti masyarakat Khafir Quraisy yang tidak mempunyai kitab untuk memberi cahaya panduan dalam kehidupan mereka)

Namun berdasarkan al-Quran

Dr Muhammad Abd Kadir Abu Faris menjelaskan jahiliah berdasarkan al-quran dalam bukunya ‘ Mafadi Islamiyyah ‘

Definisi kalimah jahiliyyah perlu dilihat berdasarkan kepada keadaan.

Keadaan kalau orang atau jiwa, ianya bersifat jahiliyyah, keadaan kalau organisasi ianya yang bersifat jahiliyyah begitu juga kalau masyarakat, ianya yang bersifat jahiliyyah.

Iaitu keadaan di mana Jika jiwa, organisasi dan masyarakat yang menolak untuk mengambil hidayah Islam, ajaran Islam dan berhukum dengan hukum Allah s.w.t, maka ia dianggap sebagai jahiliyyah.

Firman Allah s.w.t Surah al Maaidah 50

Terjemahannya:

“ Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin ? ”

Surah an Nisaa’ 65 terjemahannya:

Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya

Ayat-ayat di atas menjelaskan bahawa orang-orang yang tidak redha dengan hukum Allah s.w.t, organisasi dan masyarakat yang tidak berdasarkan hukum Allah maka dia adalah jahiliyyah.

Walaupun siapa, dan apa-apa organisasi atau bangsa jika ia tidak berpandukan al-quran dan al-sunnah maka dikira jahiliah. Meskipun ia dilabelkan sebagai penganut Islam

Muhammad Qutb dalam bukunya ‘Jahiliyyah Abad Ke 20 ‘ menjelaskan bahawa jahiliyyah adalah lawan kepada Islam.

Jahiliah tidak kita sesiapa apa, zaman, atau di mana, jika tidak berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, contohnya jahiliyyah tingkah laku atau sifat-sifat diri, iaitu daki-daki atau karat-karat jahiliyyah dalam diri manusia. Tidak mengira siapa.

Seerah menjelaskan berkenaan jahiliah dalam diri insan yang bernama Islam dan seorang sahabat Rasulullah. Ketika mana Abu Dzar sahabat Rasulullah berkata kepada Bilal bin Rabah ‘Wahai anak orang hitam’

Kata-kata ini menyebabkan tergurisnya hati Bilal dan beliau mengadu kepada Rasulullah s.a.w.

Abu Dzar dipanggil berjumpa dengan Rasulullah s.a.w, Rasulullah s.a.w bersabda

"Sesungguhnya kamu Abu Dzar masih ada jahiliyyah"

Abu Dzar sedar dan sikapnya itu menyalahi ajaran Rasulullah s.a.w dan bukan daripada al-Quran dan as-Sunnah.

Dia memohon kemaafan daripada Bilal dan keampunan dari Allah s.w.t.

Abu Dzar merebahkan dirinya di atas pasir dan meminta Bilal memijak pipinya. Namun Bilal tidak mengambil tindak balas.

Bahkan mereka berpelukan dan bermaafan. Perbuatan seperti ini tidak sampai kepada kufur tetapi dikira berdosa kerana masih ada rasa bangga diri dan menghina orang lain.

Dalam suasana kehidupan dan meskipun dalam kesedaran memproses diri ke arah iman, rawasib-rawasib atau karat-karat jahiliyyah tetap ada.

Oleh itu ianya perlu digilap sentiasa. Besi jika tidak digilap ia akan berkarat dan tidak bagus lagi. Untuk bagus kembali maka besi perlu digilap.

Kalau jiwa berkarat maka kena proses dan gilap jiwa melalui tazkirah jiwa

melalui pembacaan al Quran, mengingati mati, solah, puasa, amalan-amalan zikir dan sebagainya.

Wallahua’alam.

@ Bumi Rabbi

Buat diri dan teman-temanku


Saturday, November 19, 2011

Tinta Dari Danau Kasih Rabbi


Subhanallah, segala puji hanya bagi Allah. Di kala pagi hari pandanganku menjatuhkan retina mata ini pada pohonan nan hijau. Daun-daunnya segar bersinar menyegarkan mata yang memandang. Daunan melambai-lambai mengikut tiupan angin hitungan Maha Pencipta.


Lambaian itu, menampakan ranting dan dahan yang menghubungkannya itu juga tegar, kerana ia kuat memasak lambaian daunan dipukul angin, tegar pasakkan itu ku lihat pula daripada batangnya yang terpasak kukuh di bumi Allah. Sudah pasti batang itu juga, daripada akar yang mencengkam kuat ke bumi Allah ini. Daun, ranting, dahan, batang dan akar saling bergabung mengikut hitungan Allah Maha Pencipta hinggakan kesempurnaan ciptaan pohonan itu, mengetuskan rasa hati dan kata-kata pujian kepada Penciptanya. Sungguh sempurna ciptaan itu, tiada cacat celanya, daripada akar ia mengeluarkan batang, akar itu menyokong cengkaman batang, dan daripada batang terbitnya dahan, batang itu menyokong dahan yang lemah, daripada dahan pula terbitnya ranting-ranting kecil dan daunan yang sering ditiup angin.

Andai sebahagian dari anggota pohonan itu tiada, adakan pohonan itu bisa mengeluarkan daunan yang hijau lagi? kebiasaanya jawapan ku, dan insan yang lain juga “tidak”.


Alam itu, sunnatullah, kejadian-kejadiannya bentangan ilmu di depan mata, Subhanallah. Sesungguhnya hidayah Allah itu di depan mata. Lihat hitungan Allah mengambarkan kekuasannya, siapa kita ini manusia, bisa kah kita berseorangan tanpa sokongan…siapakah paling berkuasa bisa menyokong kita, siapakah pencipta seluruh alam ini termasuk kita. Ciptaan itu dasyat, ciptaan itu ajaib, ciptaan itu membawa kepada kesejahteraan hati, akal, dan seterusnya perlakuan kita andai kita mengaut pedoman ilmu bentangan alam ciptaan Allah...

Ciptaan itu bagai janji setia pada Rabbinya dari akar hati, buktian dari keringanan dahan, batang dan ranting-ranting tubuh yang sujud dan hidup dalam deen Rabbinya dan apreasiasi harmoninya akhlak dari seri hijau daunan perlakuan, tamsilan al-quran dan as-sunnah..


Dari danau kasih abadi….tika saat akhir ku bersama ibu


Nukilan ini ku tintakan saat-saat menunggu arwah ibu tersayang di Masjid al Firdaus, Kg Padang Besar Selatan menghadiri perkumpulan bacaan al-Quran~Saturday, 15 October, 2011, 10:13:08 AM~

Tuesday, September 27, 2011

Fly 4 Make a Choice



Alhamdulillah ku panjatkan penuh kesyukuran terhadap Rabbul Izzati, selawat dan salam ke atas junjungan kekasih Allah, keluarga dan sahabat-sahabat baginda, kerana kegigihan sahabat dan keredoaan Allah menyebabkan ku kini menghirup dan menghidu nyamannya nurr deen Ilahi..
Akal menimbang-nimbang “Ingin ku pilih antara dua, yang menyayangi atau yang disayangi?”…
Kerna perit sungguh hati ini andai tiada coretan nama di hati yang kita kasihi…kerna dia pengubat, dia penyokong di kala kelelahan..
kasihan dan kasihnya bisa membuat diri hamba yang hina ini mengalah dan melakukan apa sahaja…
Andai dia marah dan marah itu menyebabkan bimbang di hati datang bertamu…
Ya Allah indahnya ikatan hati kurniaan Mu..
Manusia bisa menunaikan apa sahaja, yang disukai teman andai hati telah menyayangi dan mencintai….
Hubungan perasaan itu sungguh abstak untuk dicoretkan..hati merasa, mencerna seluruh note rasa kegembiraan
bagai mentari cerah menceriakan buana kehidupan..Ya Allah aku ini sungguh mendamba akan Kasih nan indah itu….
Namun hati insan ini mencatat-catat, menimbang-nimbang kasih siapa yang paling abadi pada diri, kasih siapa bisa luhur hingga saat kematianku nanti…kasih siapa tiada tolok bandingnya..kerna alangkah kecewa… andai kasihnya hanya sementara, hanya kepura-puraan, atau hanya daripada rasa hati seorang insan bukan daripada dua insan yang saling sayang-menyayangi..
Kerna apa ku bisa bimbangkan semua ini?
Kerana aku ingin manjadi sang setia
Sang setia kepada kasih yang yang suci..
Fitrahku manusia, insan yang inginkan kasih suci luhur lagi abadi
Luhur lagi abadi….luhur lagi abadi…
Tentu kau kawan, dan kita mengerti rasa hati itu…rasa hati itu kawan..kau tahu kawan?
Sebenarnya tak ingin sekali untuk memilih atau bimbang akan kasih yang menyayangi atau kasih yang disayangi
Kerana, ia menyakitkan,entah bila noktahnya..
Hai kawan, rakan dan teman..jika dari dahulu ku mengerti.. Jika dari dahulu kita semua tahu..
Tahu daripada mana kita bisa mengapai kasih suci, sedar akan kasih abadi, kasih tiada hentinya, kasih yang tidak pernah calar dan kasih tiada rasa kepuraan…
Mungkin dahulu kita tidak akan tercari-cari, tidak kecewa akan diri atau tidak pula mengecewakan orang lain.
Andai ku tahu..andai kau tahu, andai kita semua tahu..

kasih ukhwah Islamiyah…
kini kita bisa tahu ('',)
Bertemu dan berpisah kerana Allah..indah sekali duhai kawan..mari ku ceritakan...
Ia tiada noda yang akan mencalar dalam hubungan kasih ini, kerana tiada rasa kecewa yang akan bertamu dalam hati kita..
kerana kita berjanji menyayangi dalam kesucian…kesucian duhai kawan..suci!!! suci..
Merindu, mencintai teman hanya kerana Allah, bimbang akan keselamatannya setiap detik..juga bimbang akan detik kematiannya
bimbang hingga detik hisap pengadilannya di Mizan Allah juga..
Apa lagi yang ku cari, kau cari dan kita cari, kawan??..bukankah luhur kasih itu, kita dibimbangi teman, dan membimbangi teman kita setiap detik sehingga dia dan kita bertemu Rabbul Izzati..
Ya Allah bertapa sucinya kasih itu, kerna dia kasih akan ku hingga bimbang akan aku dalam setiap detik perlakuanku, bimbang akan ku jika tidak ke syurga bersamanya…
Mungkin itu kasih yang ku, kau dan kita cari dahulu..kasih yang benar, berada di alam nyata..kasih yang bukan khayalan fantasi semata…
atau maaf bahasa kasarku bukan kasih yang penuh khayalan kebahagian tipuan syaitan durjana..yang tipu semata, yang indah hanya sementara..ahh tinggalkan saja kawan..
Tidakkah kau inginkan kasih suci.. Kasih ukhwah islamiyah..
Kasih dalam ikatan aqidah Islam…aqidah Islam buatan Allah, Allah yang menjadikan kita, Allah yang menjadikan hati ku, kau dan kita…
Allah Yang Maha Besar kau, ku dan kita tahu Dia Maha Pengasih dan Penyanyang. Dia yang menciptakan rasa kasih itu..
Oleh itu ku ingin, adakah kau juga ingin teman?
Mengambil resepi kasih daripada Yang menciptakan rasa kasih itu….

Kasih ukhuwah Islamiyah
Resepi kasih ukhuwah islamiyah daripada Rabbul Izzati
“Tidaklah dua orang muslim berjumpa, lalu keduanya berjabat tangan,kecuali keduanya diampuni sebelum keduanya berpisah.” (H.R. Abu Daud)
Kasih yang diampuni Allah..kasih daripada yang Maha Pengasih duhai teman…
Ia bertemu damai dalam persahabatan…Allah lembayungkan keampunan penuh kasih dan sayang kepada mereka duhai teman..
Tiada keterikatan waktu..tiada keterikatan nosltalgia pengalaman lampau mu teman..yang ada hanyalah kasih sayang keampunan Rabbul Izzati,
Kau kawan! jika kau tahu kasih ukhwah islamiyah itu jaminan kekal abadi..ku inginkan kasih itu kawan!!
Kasih ukhuwah islamiyah..
"Coretan Imam Hasan Al Banna, ukhwah islamiyah adalah keterikatan hati dan jiwa satu sama lain dengan ikatan aqidah”
Resepinya, ikatan hati-hati itu hanyalah kerana aqidah yang mentauhid Allah, Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang..
Hati-hati diikat oleh tauhidullah, mengesakan Allah, diikat oleh rasa kasih atas kayu ukur Allah, hanya Allah, iaitu Allah Yang Maha.. Maha Pengasih dan Penyanyang, tiada yang lain..
Ikatan hati hanya kerana Allah sahaja, tiada noda harta pangkat keduniaan, kasih abadi hingga akhir hayat, ikatan hati itu universel, kawan!!
Tiada keterikatan waktu, keterikatan harta, darjat, atau apa-apa sahaja..yang ada hanya satu teman iaitu kasih abadi hanya kerana Allah, takut menodainya dengan apa sahaja yang Allah tidak suka, dan membajai dan menyirami akan kesuburan kasih itu dengan apa sahaja yang Allah suka..
Kerna apa teman, kawan dan taulan? kerna Allah yang memberi jaminan dalam setiap detik helaan nafas ku, kau dan kita kawan…Allah yang memberi jaminan kasih pesahabatan hingga saat kematian kita..dan jika kita berkasih ukhwah islamiyah…kita kawan akan bertemu di syurga..syurga duhai teman!!!
Setiap langkah dalam bingkai kehidupan kita ukurkan ia, agar ia berdasarkan piawaian Allah, kerana apa kawan? Kerana piawaian Allah ialah piawaian teragung Pencipta segalanya…segalanya kawan..kau tahu itu kawan! Tiada langsung kerugian untuk kita teman..
Dasyat bukan..kasih itu..kasih yang sentiasa bertasbih memuji Allah…
Resepi dasyat itu..bisa terlaksana. Mari kita laksanakan hai kawan!!
Tidak perlu kita timbang-timbangkan lagi..hati kita akan mewangi dalam taman kasih Allah dan moga Raudah Allah
Mari kita mencintai sahabat kerana Allah, kerana sifat insan sebenar mengasihi sahabatnya ialah cintanya ikhlas hanya untuk mendapat keredoaan Allah semata. Kerana dengan keredoaan Allah sahaja kita dapat gapai kasih teragung..sejarah telah menceritakan betapa cintanya seorang sahabat bernama Ali kepada Rasulullah sehingga sanggup mengadai nyawa menghadapi musuh Islam..kerna dia tahu kasih itu dasyat sekali…
kasih sahabat kerana Allah, sahabat mu itu akan menimbangkan setiap detik, agar kau tidak jatuh dalam neraka…
segalanya untuk kesejahteraan keamanan kekal abadi
Mari juga kita mengucapkan salam apabila kita bertemu, kita sebarkan kesejahteraan untuk teman yang kita cintai..bukankan itu sangat nyaman teman..
Riwayat muslim
Sabda Rasulullah
“ Kamu tidak akan masuk syurga sebelum kamu beriman dan kamu tidak akan beriman sebelum kamu saling cintai-mencintai. Mahukahkamu aku tunjukkan kepada kamu sesuatu yang apabila kamu kerjakan nescaya kamu akan saling cinta-mencintai? Sebarkanlah salam dalam kalangan kamu”
Mari kita duhai teman..
Mari juga kita doakan insan yang kita sayangi..kita doakan setiap kali perpisahan,nyaman sekali walau berjauhan hati tetap bersama, bersama dalam tauhidullah…subhanallah, kawan adakah kau tahu kasih itu yang sangat luhur lagi abadi, kerna walau berpisah doa masih dipanjat kepada Allah untuk kita teman.
Andai ku katakan“Ku panjatkan cintaku kepada yang Maha cinta”….tiada yang lebih daripada itu..
Setiap kali pertemuan, ditampilkan wajahnya berseri, berseri daripada hati yang sayang kerana Allah..dasyat sekali rasa itu, senyum daripada seorang sahabat..
Hati pula sering berlapang dada, membantu mendorong, membetulkan apa yang bengkok, kerna cita-cita mahu ke syurga…
Rasa kasih itu bukan mainan, untuk rasa kasih itu..tidakkah kita mahu mencintai Allah, kerna Dia yang akan memberikan cinta kita sesama insan..Kasih Allah kekal abadi..
Jangan egois hai kawan..kita insan rasa akan itu, rasa mahu keamanan penuh kasih sayang..tinggalkan egois itu..lenturkan rasa hati itu biar ia bermakna..
rasa itu kita dorongkan kepada yang kekal..ukhwah islamiyah, rasa hati itu hanya Allah saja tahu..
Lempar jauh-jauh egois itu, kerna itu bukan kemanjaan tapi kekuatan hati yang meyanyagi sesama insan, setiap bahagian dalam kehidupan adalah perjuangan untuk kekuatan umat kita, umat Islam!!..persaudaraan indah acuan Islam penuh kesejahteraan… hanya mencintai Allah..kau akan menyebar seluruh kasih di buana ini teman.
Cintai..taati…Allah kerna itu kebenarannya
Mari kita tinggalkan dengan hadith 4o himpunan imam nawawi
Daripada Abu Hamzah Anas bin Malik r.a, pembantu Rasulullah SAW, Baginda bersabda, maksudnya
“ Tidak beriman (secara sempurna) seseorang kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” Riwayat al-Bukhari no 13, muslim no 45 dan Ahmad no 18076)….
Mencintai dirinya agar mencintai Allah, takut azab Allah ke neraka ..begitu juga cintai sahabatnya takut jika sahabatnya ke neraka jahannam..
Ia bukan tafsiran biasa..
Hubungan antara sesama mukmin yang lain seperti 2 jasad yang memiliki satu nyawa..dia mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya…
Dari danau kasih_bumi Rabbi@penang