Monday, July 5, 2010

Abstak Sungguh Kemanisan itu....

Kerna zahir bisa ringan melaksanakan "kebaikan" di mata manusia atau "tanggungjawab" di mata hamba Khalidnya...
Lantaran kerna nurani yang telah meresap kemanisan iman itu, telah merembeskan kemanisan itu kepada akal "logic" untuk ia iaitu manusia tidak merasakan lelah berkorban apa sahaja demi Khalidnya..
Ia yakin dengan janji-Nya, sunnatullah kebaikan akan dibalas kebaikan, dan lebih hakiki bila itu balasan dari yang Maha kekal..
Abstak sungguh kemanisan iman itu seperi sabda Rasullullah SAW:
" Jika terdapat perkara ini pada seseorang, Beliau akan merasakan kemanisan iman: Beliau mengasihi Allah dan Rasulnya daripada segala sesuatu, Beliau benci untuk kembali kepada kekufuran setelah dilepaskan Allah daripadanya, Sebagaimana ia benci dicampak ke dalam api neraka, Beliau mengasihi seseorang bukan kerana sesuatu kepentingan tetapi hanya kerana Allah"
Jangan merasa jangal dan fikirkan hanya sebagai khayalan....
kerana kemanisan itu dapat dirasakan oleh ruh kita...sebagaimana kemanisan makanan dapat dapat dirasai lidah....kemanisan iman pula dapat dirasai ruhani kita...kerana kita melaksanakan kebaikan yang fitrahnya kecintaan dan kesukaan nurani kita..itulah makanan ruhani dan kemanisannya juga dirasai ruhani...
-untuk nuraniku..kuhamba-

Friday, July 2, 2010

Ratusan Monolog insani

"kenapa baik sangat"
"pakaian biasa tetapi hati baik"
"pakaian cantik tapi hati tidak tentu lagi"
dan sebagainya....
Dalam kehidupan perkara2 seperti ini sering dilalui. sama ada sebagai pengaju persoalan atau diajukan persoalan. Namun yang pasti pekara ini adalah monolog setiap insan. Mungkin juga pencorak pejalanan hidup kita...
"Kenapa baik sangat". bagi pihak pengaju soalan, mungkin persoalan ini timbul akibat timbul rasa sangsi atas sesuatu tindakan, pemberian, atau gaya hidup seseorang. bagi pihak diajukan persoalan, mungkin timbul rasa sesuatu yang dilaksanakannya tidak dihargai, atau tindakanya tidak difahami dan sebagainya. hakikatnya andai sesuatu itu diterima secara positif, pasti kedua-dua pihak dapat kebaikan. "fitrah manusia suka kebaikan bukan keburukan".itu azali manusia mengapa perlu menidakkannya..
Pengaju persoalan akan lapang hatinya dari rasa perasangka yang menyesakkan dada.menerima kebaikan itu kerana manusia adalah saling lengkap melengkapi...siapa yang menolak kasih sayang??
Yang diajukan persoalan pula akan akan sedar setiap sesuatu kebaikan tidak mungkin akan diterima baik oleh seseorang, lalu memuhasabah diri semula agar tindakanya itu tidak mempunyai muslihat "keruh", dan alangkah baiknya andai sesuatu dibuat kerana Khalitnya...Indah.
Pasti tidak jemu tindak kebaikan walaupun beribu minit ia luangkan, walaupun berjuta kali diulangkan, walau berjuta-juta jarak perjalanan..kerana balasan kemanisan dari khalitnya..abstrak sungguh rasa kemanisan itu..kerana ia rasa kurniaan dari yang mencipta kita " manusia"..
-coretan untuk nurani hamba-
bersambung..