Subhanallah, segala puji hanya bagi Allah. Di kala pagi hari pandanganku menjatuhkan retina mata ini pada pohonan nan hijau. Daun-daunnya segar bersinar menyegarkan mata yang memandang. Daunan melambai-lambai mengikut tiupan angin hitungan Maha Pencipta.
Lambaian itu, menampakan ranting dan dahan yang menghubungkannya itu juga tegar, kerana ia kuat memasak lambaian daunan dipukul angin, tegar pasakkan itu ku lihat pula daripada batangnya yang terpasak kukuh di bumi Allah. Sudah pasti batang itu juga, daripada akar yang mencengkam kuat ke bumi Allah ini. Daun, ranting, dahan, batang dan akar saling bergabung mengikut hitungan Allah Maha Pencipta hinggakan kesempurnaan ciptaan pohonan itu, mengetuskan rasa hati dan kata-kata pujian kepada Penciptanya. Sungguh sempurna ciptaan itu, tiada cacat celanya, daripada akar ia mengeluarkan batang, akar itu menyokong cengkaman batang, dan daripada batang terbitnya dahan, batang itu menyokong dahan yang lemah, daripada dahan pula terbitnya ranting-ranting kecil dan daunan yang sering ditiup angin.
Andai sebahagian dari anggota pohonan itu tiada, adakan pohonan itu bisa mengeluarkan daunan yang hijau lagi? kebiasaanya jawapan ku, dan insan yang lain juga “tidak”.
Alam itu, sunnatullah, kejadian-kejadiannya bentangan ilmu di depan mata, Subhanallah. Sesungguhnya hidayah Allah itu di depan mata. Lihat hitungan Allah mengambarkan kekuasannya, siapa kita ini manusia, bisa kah kita berseorangan tanpa sokongan…siapakah paling berkuasa bisa menyokong kita, siapakah pencipta seluruh alam ini termasuk kita. Ciptaan itu dasyat, ciptaan itu ajaib, ciptaan itu membawa kepada kesejahteraan hati, akal, dan seterusnya perlakuan kita andai kita mengaut pedoman ilmu bentangan alam ciptaan Allah...
Ciptaan itu bagai janji setia pada Rabbinya dari akar hati, buktian dari keringanan dahan, batang dan ranting-ranting tubuh yang sujud dan hidup dalam deen Rabbinya dan apreasiasi harmoninya akhlak dari seri hijau daunan perlakuan, tamsilan al-quran dan as-sunnah..
Dari danau kasih abadi….tika saat akhir ku bersama ibu
Nukilan ini ku tintakan saat-saat menunggu arwah ibu tersayang di Masjid al Firdaus, Kg Padang Besar Selatan menghadiri perkumpulan bacaan al-Quran~Saturday, 15 October, 2011, 10:13:08 AM~