Monday, March 5, 2012

Kesalahan Lalu


Apakah kitakan mengerti antara masalah atau ujian, bagaimana biasa kita mengenalinya…
Adakah mungkin masalah dan ujian itu ialah satu perkara yang sama..
Untuk mengenalinya sudah menjadi sesuatu yang berat,
masakan pula mengharunginya
pasti itu satu yang bisa mempengaruh satu cerita hidup manusia.
Apa ertinya terus dalam masalah
dan sampai bila pula sanggup menghadapi ujian….
Mungkin Allah beri pilihan kepada kita, bukankah Allah beri panduan kitabullah dan sunnah Rasul serta akal untuk kita akhiri 2 perkara itu….

MASALAH

Jika perkara itu masalah, atau masalah hasil kesalahan kita,
cuba selidiki adakah mungkin akan kita terus menerus buang masa begitu sahaja…
tidak rasa rugikah,
atau mungkin kita ini sebenarnya pembawa masalah…jika kita begitu,
ia bukan sahaja menyusahkan hidup kita
namun kita adalah punca masalah kepada orang lain juga….
kerana bukan kita sahaja yang hidup di bumi ini dan kita bukan bercakap seorang dalam dunia ini…
kita ramai dan kemungkinan masalah itu membut orang lain juga susah…
fikir-fikir
adakah kita seteruk itu, adakah kita penting diri sendiri atau pun kita ini sebenarnya zalim..
menangguk di air yang keruh…untuk kepentingan diri sendiri…..
jika kita begitu fikirkanlah sampai bila kita akan puas dengan semuanya itu..adakah kita mahu kita terkorban dengan perangai kita sendiri.
masalah yang selama ini kita susahkan sebenarnya berasal pada diri kita sendiri...

UJIAN

Jika pun yang kita alami itu bukanlah masalah dari perangai kurang enak kita,
ia hanyalah ujian dari Allah untuk menguji kita.
Jika benar itu hanyalah ujian maka perkara itu pun kita harus selesaikan.
Selalunya perkara yang bukan dari kita, dan tidak tahu entah datang dari mana
kitakan cepat mengenalinya sebagai ujian berbanding masalah dari perangai diri kita, itu sangat susah untuk dikenali.
Jika itu ujian pecayalah kita harus sabar dan selesaikannya dengan tenang, dan jika seseorang itu dilanda ujian pastinya ia tidak sabar untuk menyelesaikannya..tidak sabar untuk mengakhiri ujian itu. Dan ia harus yakin bahawa

"kabus tidak akan berpanjangan"

Ujian akan mengajar dia untuk bijak mengatasi dugaan yang datang, ujian akan diakhiri dengan putus asa atau kegembiraan.
terserah kepada kita untuk memilihnya

………………………………………

bezanya ujian dan masalah mungkin..

Jika yang kita terima itu satu masalah, kita akan susah untuk menerima kesalahan diri sendiri, atau mungkin kita enak dengan imbuhan yang kita dapati, atau mungkin kita ego meskipun kita merasa resah dihati……
atau kita anggap ia sebagi ujian juga…kerna kita takut untuk mengakhirinya lantaran banyak perkara mengenai kesalahan diri kita akan kita sedari dan orang lain jugakan sedari.
Masalah jika berakhir akan berakhir dengan taubat penyesalah dan berusaha untuk pulihkan keadaan.
Namun jika berlaku sebaliknya masalah akan di akhiri dengan kejatuhan kita, kezaliman semula kepada kita, atau mungkin berakhir kerana kematian.

Jika masalah itu diakhiri dengan kematian, fikir-fikirkanlah..kerna di saat itu sudah tiada peluang kedua, pasti penyesalah lebih dasyat lagi
lantaran kita akan menghadapi mizan Allah tanpa ada peluang lagi untuk membetulkan keadaan.

...............................................................................
Apa pun klasifikasi banyak orang tentang ujian atau masalah, penulis pecaya dan mahu pembaca juga cuba memahaminya bahwa ujian dan masalah adalah dua perkara yang sangat berbeza.
Dua perkara yang membawa nilai yang berbeza dan membawa pengakhiran yang berbeza.


___________________________________________________________________________________


"Angkatlah bala atau ujian ke atas mu dengan banyak berdoa"


--------------------------------------------------hadith rasulullah riwayat tabrani abu naim dan al khatib


@sekadar akal yang mampu menimbang, rasa kurniaan lahi