Thursday, November 14, 2013

Lembaran Hijrah


 Taubatan Nasuha
 

Assalamualaikum wbt..




Bahagia

Alhamdulillah sempena maal hijrah, tahun baru dalam Islam, banyak jiwa-jiwa yang bersedia kepada sesuatu yang baru, baru dan yang lebih baik.

InsyaAllah hati manusia tidak pernah kering daripada dahagakan kasih sayang & kebenaran.
Hari yang bahagia daripada kesalahan, tenang daripada kesusutan, pendosa kepada fitrah yang suci dan bersih.

Tahun baru yang akan dilalui dengan harapan kesucian ibarat selembar kertas putih baru yang bebas dari catitan dosa-dosa dan penyesalan.

Tahun baru yang tenang hatinya daripada sejarah
 Dosa musim yang lalu kepada Hamba Allah yang bahagia.

 
Dosa
Dosa Menjerat manusia

Wabishah bin Ma’bad radhiallahu anhu, ia berkata:

 ”Aku telah datang kepada Rasulullah shalallahu alaihi wa salam, lalu beliau bersabda: ‘Apakah engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?’ Aku menjawab: ‘Benar.’ Beliau bersabda: ‘Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu adalah apa-apa yang menentramkan jiwa dan menenangkan hati, dan dosa itu adalah apa-apa yang meragukan jiwa dan meresahkan hati, walaupun orang-orang memberikan fatwa kepadamu dan mereka membenarkannya.’ ”(HR. Ahmad dan Darimi, Hadits hasan)

Moga tahun baru,ini, hati bebas daripada keresahan hati. Lahir hati yang tenang dan bahagia dengan mengigati Allah kerana:

 “Hanya dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang.”
[Ar-Ra'd : 28].

Mengigati Allah, ingat hanya syariat-Nya menjadi penyuluh hati insan kepada terang cahaya dunia dan kehidupan akhirat yang abadi.

 ‘Asstaghfirullah hal a’zim”
“Ya allah ampunilah dosa kami
Kami memohon ampun kepada Mu dengan sebenar-benarnya.
Bantulah hati-hati kami ya Allah
Sesunggunggya kami bertaubat atas dosa-dosa kami ya Allah”


Taubat

Umumnya taubat bermaksud kekesalan dan keinsafan terhadap dosa yang dilakukan, lalu memohon keampunan Allah dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi:

“Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah , dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal”
(Surah Ali ‘Imran: 135-136).

Moga pada awal pagi hari-hari di tahun baru, kita bangun dan Allah bawa kita kepada pengakhiran yang bahagia abadi.

Cinta Allah sangat kuat, kerana dia Maha Pengasih Penyayang, Doakan moga kita kembali mencintai Allah, kerana Allah satu-satunya yang akan membawa kapada kebahagiaan abadi.

Sulami Taubat dengan kinsafan dan keikhlasan, moga Allah terima taubat kita.
Allah mengetahui hati kita, kerana Allah memiliki hati kita, moga keinsafan yang lahir daripada hati kita, membawa kita kepada
 Taubatan Nasuha, taubat yang seiklasnya, dengan keazaman yang dalam untuk terus bebas dari kegelapan dan keresahan musim yang lalu.

Sekalipun kita sudah berulang kali tergelincir atas kelemahan, kecuaian, dan kejahilan, tetapi Allah Maha Mengetahui keiklasan keinsafan hambanya.

Insan kadangkala dia terjatuh lagi dalam kesalahan lalu, sekalipun ia telah benar-benar insaf sebelumnya. Jika ini berlaku, ulangilah taubat dan jagan putus asa memohon…








Jika tidak manusia tidak mendapat keampunan kerana syaitan akan terus membisikkan perasaan putus asa, sedangkan Allah Maha Pengampun kepada hambanya yang bertaubat:


“Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Pengampunan

Allah Maha Pengampun, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Pintu Taubat sentiasa terbuka luas.

 Walau sebesar mana
 Dosa mu Insan.
“Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah az-Zumar: 53).


Duhai Insan, pasang keazaman sekental mungkin, doa padanya-Nya agar kita disayanginya, agar awal pagi kita bangun dalan keredoaanya

 “Wahai Yang Membolak-balikkan jantung hati (Allah)! Tetapkan daku atas agamuMu” (Riwayat al-Tirmizi, Ahmad, Ibn Abi ‘Asim- dinilai sahih).

 Yakin Dengan Janji Allah:

“Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Jangan jadikan kami orang yang menyesal nanti… ya Allah..menyesal tidak memohon ampun pada Mu Allah