DIDIK DIRI KU AGAR TERGAPAI KEMULIAAN-MU YANG ABADI
Dari Abu Muhammad Abdullah Bin Amru bi Al-‘Ash Radhiallahhu berkata: telah bersabda Rasulullah s.a.w:
“Tidak benar-benar beriman seseorang daripada kamu sehingga hawa nafsunya menurut apa yang aku bawa”
(Hadith hasan sahih yang diriwayatkannya dari kitab al-Hujjah dengan sanad yang sahih)
Hadith mengingatkan insan:
o Salah satu daripada tuntutan untuk benar-benar beriman-hawa nafsu mesti ditundukkan menurut ajaran Rasulullah @ ajaran Islam
o Sekiranya manusia lebih mengutamakan kehendak nafsu daripada kehendak Islam– imannya masih belum sempurna @ masih belum benar-benar beriman.
o Belum sempurna-bukanlah bererti seseorang itu telah kufur
o Kerana kufur ialah – menafikan mana-mana ajaran Islam contohnya seorang Muslim tetapi tidak perlu solat
o Tetapi belum sempurna @ masih mengutamakan hawa nafsunya berbanding kehendak ajaran Islam
o Boleh diibaratkan imannya-cacat, tempang, dsb.
Justeru itu nafsu ialah perkara pokok untuk mendapat iman yang sempurna, iaitu untuk seseorang Muslim benar-benar beriman kepada Rabbinya.
Namun adakah manusia benar-benar mengetahui apa itu nafsu.
NAFSU?
Nafsu..
Tempat berkumpul: Amarah (rasa marah) dan syahwat (keinginan)
Tempat tersebut adalah dalam diri setiap insan
Tempat itu terkumpul sifat-sifat tercela-yang seterusnya mendorong kepada sifat mazmumah yang lain
Tempat dalam diri manusia itu, tidak dapat dilihat pada mata kasar,ia perkara batiniah, perkara dalaman yang tidak dapat disentuh tetapi berada dalam diri kita insan.
menurut Iman al-Ghazali ulama tasawuf, nafsu dalam diri insan terdapat dalam beberapa kategori atau peringkat..
Antaranya 4 peringkat..
PERINGKAT KATEGORI NAFSU
http://zertt.deviantart.com/
Peringkat pertama.
Nafsu Ammarah
Iaitu nafsu yang sangat mengajak kepada kejahatan.
tahap nafsu yang dimiliki insan, ialah tahap yang paling jahat dan hina.
Allah mengingatkan tentang tahap nafsu ini dalam surah Yusuf iaitu surah ke-12 dan pada ayat 53,
“sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan”
Insan yang pada tahap nafsu Ammarah ini biasanya:
1-Sangat suka mengajak kepada kejahatan, berbangga melakukan maksiat, ia bangga melakukan kemungkaran, situasi ini seperti insan yang berbangga mengumpul dosa, menganggap dosa bagai suatu kehebatan diri, seperti bangga kerana dapat memikat dan merosakkan ramai gadis, atau menipu sejumlah besar wang dan sebagainya lagi..
2-Selain itu insan pada keadaan ini akan berasa seronok apabila melaksanakan kemungkaran, seperi seronok mendapat kehebatan pada pandangan manusia
3-Selain seronok, mereka mengajak insan lain untuk melaksanakan kemungkaran sepertinya, mempromosi kepada insan lain untuk melaksanakan kemungkaran, mempromosi untuk sama-sama “merempit”, “berfoya-foya” atau melaksanakan apa sahaja kemungkaran
4-Mereka selalunya akan menentang perkara yang mengajak kebaikan, dan sangat memusuhi persaudaraan, sehinggakan menjadi batu api kepada persaudaraan yang dibina demi kebaikan
5-Insan pada tahap ini jika tidak bertaubat akan mendapat balasan azab di dunia dan dicampak ke neraka akhirat nanti.
Nafsu Lawwamah.
Tahap nafsu insan seterusnya ialah nafsu Lawwamah atau nafsu yang mencela kejahatan.
Insan yang memiliki nafsu ini akan sangat mencela sesuatu kemungkaran atau kejahatan.
Allah menjelaskan tentang nafsu ini dalam surah al-Qiyamah pada ayat 2
“Aku bersumpah pada nafsu yang amat mencela kejahatan”
Insan ini biasanya:
1. sedar melaksanakan dosa, ia menyesali dan mencela dirinya sendiri apabila melaksanakan kemungkaran
2. Namun insan ini juga terleka dan terbuai apabila melakukan kemungkaran, mereka melakukan kemungkaran tanpa memikirkan akibatnya, apabila sudah selesai melakukan kemungkaran barulah wujud rasa sesal dalam dirinya
3. sesalnya hanyalah sementara, kerana nafsu Lawwamah ini akan goyah apabila digoda semula
4. Apabila melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT pula, Insan yang bernafsu Lawwamah mudah riya’/ bangga diri dan mudah rasa wujub (ingin menunjuk-nunjuk).
5. Selain itu, wujud perasaan bangga dan rasa sudah dekat dengan Allah apabila melaksanakan ketaatan kepada Allah.
Tetapi
6.insan yang memiliki nafsu Lawwamah ini juga mudah ditegur dan menerima nasihat demi kebaikan
7. Selain itu sangat suka akan majlis-majlis ilmu dan hatinya mudah cair apabila mendengar tazkirah peringatan
8. Mudah menangis apabila mendengar teguran
Namun malangnya masih tidak selamat kerana diibaratkan seperti lalang
Jika tidak berubah mereka susah untuk selamat di dunia ataupun di akhirat.
Nafsu Mulhamah
peringkat nafsu seterusnya ialah nafsu Mulhamah
Insan pada tahap ini sudah mula mendapat ilham dalam hatinya dari Allah SWT untuk melaksanakan kebaikan.
Hatinya ada bisikan kebaikan sehinggakan ia berusaha keras untuk menjadi insan yang lebih baik.
Tahap nafsu ini dijelaskan Allah dalam surah al-Sham ayat 5
“diilhamkan kepada diri akan kejahatan dan juga ketakwaan”
Insan pada situasi dan tahap ini sudah:
1. mampu meninggal nafsu Lawwamah tadi
2. Sudah mula menghisap dan menghitung diri untuk melakukan kebaikan
3. Mereka cari ruang dan peluang untuk menutup sumber-sumber yang dapat membawa kepada kemungkaran semula. Jika ia tersasar ialah akibat tidak sengaja
Namun nafsu pada tahap ini masih dalam kategori tidak stabil
Nafsu Mutmainnah.
peringkat seterusnya ialah nafsu Mutmainnah
Nafsu pada tahap ini diperoleh hasil bermujahadah dan melatih diri secara istiqamah atau konsisten.
Hatinya sudah tenang lantaran nafsu pada tahap ini, sudah berjaya dijinakkan
Insan pada tahap ini:
1.bukan sahaja seronok melaksanakan kebaikan tetapi juga merasa indah meninggalkan kejahatan.
2.Apabila diuji dengan limpahan nikmat atau diruntun musibah mereka berjaya mengharungi dengan sabar dan redo.
3.Semua ini hasil keredoan Allah kerana mereka sentiasa berusaha untuk mencari hanya redo Allah.
4.Allah redo mereka hinggakan mendapat redo-Nya di dunia dan akhirat.
Allah menerangkan tentang nafsu tahap ini dalam surah al-Fajr : 27
“wahai nafsu yang tenang kembalilah kepada Tuhan mu dengan gembira dan menggembirakan”
Nafsu ini biasanya dalam oleh golongan solafussaleh.
Justeru, Untuk mencapai kesempurnaan iman, insan perlu memproses atau mendidik nafsunya.
KUDA LIAR
Iman al-Ghazali ulama tasawuf menjelaskan nafsu boleh diibaratkan seperti kuda liar
Jika ia dijinak dan dididik tuannya akan dapat menunggang mengikut hala tuju yang dikehendaki.
Namun jika tidak dijinakkan kuda tersebut akan mengganas dan menjatuhkan tuannya sendiri.
Bagi mendidik atau memproses nafsu bererti mendidik diri insan itu sendiri
Untuk mendidik nafsu bererti menentang nafsu yang buruk, dan nafsu tersebut berada dalam diri kita
Pasti akan berasa sakit, perit dan mungkin amat payah.
Namun demi kemanisan dan kebahagiaan hakiki keperitan hanyalah sebagai laluan
Allah telah memperingati kita:
Dengan mendidiknya kita akan menempah kemuliaan Allah seperti dalam
Surah an Naziat ayat 40-41:
“Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri daripada keinginan hawa nafsunya, Maka Sesungguhnya syurgalah tempat tinggal(nya).”
Manakala jika menuruti nafsu kita akan menempah kerugian dan kehinaan seperti firman Allah dalam:
Al-Maidah ayat 30.
“Maka hawa nafsu Qabil menjadikannya menganggap mudah membunuh saudaranya, sebab itu dibunuhnyalah, Maka jadilah ia seorang di antara orang-orang yang merugi.”
Oleh itu mana yang kita pilih sama ada kemuliaan atau kehinaan??
Manusia patut memilih untuk mendidik nafsunya, namun bukanlah manusia harus membuang terus nafsu keinginannya lantaran seperti yang dijelaskan jika dikawal ia akan membawa kemuliaan atau kebaikan
Nafsu manusia terdiri daripada 2 perkara besar :
Nafsu makan dan kecenderungan antara lelaki dan perempuan.
Nafsu makan diperlukan iaitu manusia makan untuk menjana tenaga bagi kehidupan harian dan ibadah kepada Allah. Namun jika tidak dididik manusia akan makan berlebih-lebihan dan mengundang pelbagai penyakit jasmani dan rohani. Penyakit jasmani seperti diabetes dan lain-lain lagi penderitaan kesihatan jasmani dan penyakit rohani pula seperti kemalasan dan sebagainya lagi.
Manakala nafsu kecenderungan antara lelaki dan perempuan akan memberi nikmat hidup berkeluarga dan zuriat yang baik kepada manusia. Namun jika nafsu ini tidak dididik ia akan membawa kesan negatif, apabila kecenderungan ini sudah tidak disertakan dengan rasa tanggungjawab seperti tidak menjaga hak pasangan, zuriat yang lahir pula berlaku penderaan, pasangan bebas dan lain-lain lagi yang melanggar fitrah kasih sayang manusia itu sendiri.
Justeru mari kita mendidik nafsu agar mendapat kemuliaan Allah taala.
Proses mendidik memerlukan usaha keras iaitu melalui mujahadah
Mujahadah
Mujahadah yang berasal daripada perkataan jihad bermaksud berjuang bersungguh-sungguh melawan nafsu dan meletakkannya pada landasan syarak Islam.
Dan tidak membiarkan diri bertuankan nafsu kerana ia akan membawa kepada kehinaan, tetapi menjadi tuan kepada nafsu demi mencapai kemuliaan yang dijanjikan Allah
Sebenarnya kedua-dua nafsu tadi sangat berkaitan dan bersangkut antara satu sama, melalui nafsu perut yang berlebihan menyebabkan timbul keinginan antara lelaki dan perempuan yang berlebihan dan kecenderungan harta benda yang berlebihan, akhirnya dari sini juga timbul sifat-sifat mazmumah yang lain seperti tamak harta benda , kezaliman dsb...
Iman al-Ghazali mengingatkan bahawa perkara utama yang harus awasi dalam didikan anak generasi harapan manusia ialah:
Jangan banyak makan
lantaran perut punca kepada nafsu yang seterusnya
Justeru itu kita diingatkan untuk berpuasa pada bulan Ramadhan dan berpuasa kepada yang belum mampu untuk berkahwin
hadis riwayat Ahmad: Rasululllah pernah ditanya apa yang menyebabkan banyak manusia dihumban ke dalam neraka, jawab Rasulullah “ iaitu rongga mulut dan faraj”
Justeru bagi mendidik nafsu insan, beberapa kaedah telah disarankan iman al-Ghazali:
Pertama
Menyekat atau menutup sumber kekuatannya
menyekat dan menutup sumber yang membawa kepada hawa nafsu yang buruk. Iaitu menyekat sumber kepada perut, kerana perut ialah pemula kepada semua kemungkaran lain. Justeru Islam menganjurkan untuk berpuasa setahun sekali pada bulan Ramadhan dan berpuasa sunat pada dua hari seminggu iaitu pada hari Isnin dan Khamis bagi mengawal pemula kemungkaran ini. Menjaga kadar makanan yang diambil, dalam kuantiti yang tidak bayak. Selain itu Islam menganjurkan untuk menjaga sumber pemakanan iaitu menjaga kehalalan sumber dan mengharamkan kepada makanan yang haram.
Manusia juga dianjurkan untuk menyekat sumber kekuatan-kekuatan lain yang membawa kepada hawa nafsu. Manusia menjaga mata daripada melihat perkara yang dilarang, menjaga telinga daripada mendengar perkara yang dilarang, menjaga hati daripada sifat-sifat mazmumah dan lain-lain pancaindera yang menjadi saluran.
Kaedah kedua
Membebankan nafsu itu dengan ibadah.
Setelah menyekat sumber kekuatan, nafsu yang diumpamakan seperti kuda liar harus dibebani dan diseksa dengan ibadah tertentu terutamanya ibadah khusus dan sunat. Insan harus mencari ibadah yang dapat menyeksa nafsunya agar dapat dididik. Antaranya solat malam yang mempunyai kesan tersendiri pada jiwa insan.
Selain itu manusia harus sering menyeksa nafsu dengan hanya mengingati Allah melalui zikrullah berbanding mengingati perkara-perkara yang tidak sepatutnya yang mengundang kepada kemungkaran.
Kaedah terakhir
Berdoa meminta bantuan Allah dalam mendidik hawa nafsu.
Sesungguhnya hawa nafsu ialah makhluk, ia makhluk ciptaan Allah. Justeru itu, mulakan usaha mendidik nafsu dengan berdoa kepada penciptanya. Agar mujahadah yang payah menjadi ringan seterusnya berjaya dilalui.
Rasulullah pernah mengajarkan doa bagi mendidik hawa nafsu kepada sahabat, dalam satu situasi Rasulullah berkata kepada Muaz, “Wahai Muaz, aku sangat mencinta mu, maka selepas solat jangan sesekali kau lupa berdoa kepada Allah dengan doa ini:
“Ya Allah bantulah aku mengingati Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku memperbaiki ibadah kepada-Mu”
Selain itu, banyak lagi doa lain yang dianjurkan Rasulullah dalam mendidik hawa nafsu, antaranya:
“Ya Allah ya Tuhan ku, berilah aku taqwa dan bersihlah diri ku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindung ku dan pemimpin ku”
Dalam menyelusuri kaedah-kaedah tersebut al-Ghazali juga menganjurkan 4 langkah bermujahadah dalam melaksanakan kaedah-kaedah tersebut iaitu:
Pertama beruzlah atau pengasingan diri.
Pengasingan diri bukanlah bermaksud mengasingkan diri daripada masyarakat atau lari daripada masalah.
Tetapi pengasingan diri yang tulen menurut Islam ialah:
Pengasingan diri daripada kemungkaran di sekeliling yang tidak dapat dibendung. Contohnya tindakkan nabi Ibrahim kepada kaumnya yang kafir dalam surah Mariyam ayat 48:
“Dan Aku akan menjauhkan diri daripada mu dan dari apa yang kamu seru selain Allah, dan Aku akan berdoa kepada Tuhan ku, Mudah-mudahan Aku tidak akan kecewa dengan berdoa kepada Tuhan ku".
Pemencilan diri dibuat bagi membina ruhaniah agar tidak terus mengikut arus sekeliling yang mendorong kepada hawa nafsu.
pemincilan diri dari kemungkaran, bukanlah mengasingkan diri pertapaan
Langkah kedua ialah As-sumju atau diam/mendiamkan diri
Rasulullah bersabda:
“barang siapa menjamin kepada ku untuk menjaga lidah dan kemaluannya, aku jamin untuknya syurga”(sahih Bukhari)
Betapa menjaga lidah mendapat ganjaran keuntungan kepada manusia.
Kerana itu manusia perlu mujahadah bersungguh-sungguh melatih lidah agar mendapat keredoaan bukanlah kerugian dan balasan neraka.
Tambahan lagi, jika lidah tidak dikawal, nafsu tidak terdidik akhirnya membawa banyak kesulitan
bak kata pepatah Melayu
“Kerana lidah badan binasa”
Hawa nafsu lidah yang suka kepada mengumpat, bergosip dan sebagainya kebanyakan telah mengundang kesulitan, sebagaimana kebanyakan rumah tangga hancur, dan bagaimana Aisyah a.s difitnah lantaran penyebaran fitnah dari lidah yang tidak dikawal.
Buruknya keadaan itu, hingga membawa balasan di dunia dan di akhirat juga.
Rasulullahlah pernah bersabda:
“Bukankah manusia diseret ke neraka di atas muka-muka mereka (tersembam) kerana akibat lidah mereka”(at-Tirmizi)
Justeru lidah harus didik agar nafsu juga terdidik, lidah seharusnya dipelihara untuk kebaikan semata-mata, kata-kata yang diungkap oleh lidah haruslah baik dan berhikmah:
Rasulullah bersabda: “barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah ia bercakap dengan perkataan yang baik atau ia berdiam sahaja” (Riwayat Bukhari & Muslim)
Allah berfirman:
“dan barang siapa yang dianugerahi al-hikmah (kefahaman tentang al-Quran dan al-Sunah) itu, ia benar-benar dikurniakan yang banyak” (al-Baqarah 269)
Seterusnya langkah ketiga bermujahadah mendidik nafsu ialah
Al-ju’ iaitu berlapar.
Lapar bererti menjaga perut daripada kekenyangan.
Makanan sepatutnya diambil sekadar untuk menguatkan tubuh badan supaya dapat melaksanakan amalan hamba kepada rabbinya.
Dan makan sehingga kenyang hanyalah diharuskan
Manakala makan lebih dari kenyang ditakuti haram lantaran sifat-sifat berlebihan ialah sifat syaitan dan ia dilarang
Justeru, Allah berpesan agar kita bermujahadah menjaga makan agar dapat mendidik nafsu demi menjadi hamba yang beriman kepada rabbinya:
surah al-A’raf ayat 31
“Hai anak Adam, pakailah pakaian mu yang indah di setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.”
Dalam bermujahadah mengawal perut melalui berlapar Rasullah bersabda:
“memadai anak Adam memakan beberapa suap makanan untuk menegapkan tubuhnya, sekiranya tidak berupaya berbuat demikian, maka hendaklah dibahagikan 3 bahagian untuk perutnya iaitu sebahagian untuk makanan, dan bahagian seterusnya untuk minuman dan bahagian terakhir untuk pernafasan”( (HR Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)
Langkah terakhir mujahadah mendidik nafsu ialah as-sahru atau berjaga malam.
Tidur yang tidak dikawal menyebabkan banyak peluang terlepas seperti waktu ibadah-ibadah penting dan tertentu. Solat sunat duha pada waktu pagi yang penuh ketenangan, solat berjemaah penuh kemesraan abadi, solat tahajud sumber kekuatan diri dan lain-lain lagi waktu yang berharga dan sebenarnya adalah keperluan fitrah diri kita manusia
Keperluan jiwa untuk memilih kebahagiaan dan kemuliaan abadi. Kemuliaan menadah tangan pada malam hari kepada penciptanya, keperluan mengadu kepada Pencipta yang maha memahami, keperluan kerehatan jiwa dari penghambaan tiada abadi kepada menghambaan rabbul alamin.. berbanding memilih kehinaan melakukan kemungkaran pada malam hari.
Seperti firman Allah dalam surah al-Muzammil yang menerangkan betapa solat pada waktu-waktu tertentu itu ialah keperluan fitrah insani:
Muzammil ayat 6:
“sesungguhnya mengerjakan solat sunat malam itu adalah sangat berkesan pada jiwa dan amat terang pula sebutannya”
Namun alangkah perit mendidik nafsu dalam diri tambahan pula berjaga malam, tetapi dengan mujahadah
bermujahadah dengan sebaiknya dapat membantu insan, sebagaimana apa yang dilaksanakan pada siang hari akan mempengaruhi kehidupan kita pada malam hari. Oleh itu rangkumkan semuanya, jagalah perut, jagalah lidah, jagalah hati, pergaulan dan mohon doa pada rabbi agar malam kita dihabiskan dengan keredoaan demi kebahagiaan insan beriman kepada rabbinya
Biar perit asalkan manis dan mulia abadi yang akan kita kecapi nanti. Banyak pengajaran yang dapat menjadi pedoman betapa mengikut hawa nafsu akan membawa kehinaan
Sebagaimana Karun, yang pada asal sangat miskin, ia kuat beribadah dan mohon kepada Allah agar ia menjadi orang kaya. Dan Allah mengizinkannya, Allah mengurniakannya harta kekayaan yang sangat banyak hinggakan kunci-kunci peti hartanya pun terlalu banyak dan perlu diuruskan. Setelah Karun menjadi kaya Allah mengujinya dengan kekayaan itu dengan kesibukan, kesombongan dan ia terus mengikut hawa nafsunya, ia lupa kepada Allah dan mendahulukan dan mengagungkan harta kekayaannya. Hinggakan ia akhirnya jauh daripada rabbinya. Allah telah menurunkan azab, lantaran karun tunduk kepada hawa nafsunya. Karun dan seluruh harta kekayaannya ditelan perut bumi.
Dan betapa pula mendidik nafsu itu menempah bantuan Allah dan kemuliaan abadi
Sebagaimana, tiga orang pemuda yang terperangkap dalam gua, merintih berdoa:
Seorang daripada mereka berdoa: “Ya Allah, Engkau tahu bahawa dulu aku punya seorang pekerja yang bekerja pada ku dengan imbalan 3 gantang padi. Tapi, tiba-tiba dia pergi dan tidak mengambil upahnya. Kemudian aku ambil padi tersebut lalu aku tanam dan dari hasilnya aku belikan seekor sapi. Suatu saat, dia datang kepada ku untuk menagih upahnya. Aku katakan padanya, ‘Pergilah ke sapi-sapi itu dan bawalah dia’. Dia balik berkata, ‘Upah ku yang ada pada mu hanyalah 3 gantang padi’. Maka aku jawab, ‘Ambillah sapi-sapi itu, sebab sapi-sapi itu hasil dari padi yang tiga gantang dulu’. Akhirnya dia ambil juga. (Ya Allah), bila Engkau tahu bahawa apa yang aku perbuatan itu hanya karena aku takut kepada Mu, maka keluarkanlah kami (dari gua ini).” Tiba-tiba batu besar (yang menutupi gua itu) bergeser
Seorang lagi berdoa: “Ya Allah, Engkau tahu bahawa aku mempunyai ibu bapa yang sudah tua. Setiap malam aku membawakan untuk keduanya susu daripada kambing ku. Suatu malam aku datang terlambat pada mereka. Aku datang kala mereka sudah tidur lelap. Saat itu, isteri dan anak-anak ku berteriak kelaparan. Biasanya aku tidak memberi minum buat mereka sehingga kedua orang tua ku terlebih dahulu minum. Aku enggan membangunkan mereka, aku juga enggan meninggalkan mereka sementara mereka sangat perlu minum susu tersebut. Maka, aku tunggu mereka (bangun) sampai fajar menyingsing. (Ya Allah), bila Engkau tahu bahawa hal tersebut aku kerjakan hanya karena takut pada Mu, maka keluarkanlah kami (dari gua ini). Tiba-tiba batu besar itu bergeser lagi
Yang lain lagi juga berdo’a: “Ya Allah, Engkau tahu aku mempunyai saudari sepupu dia adalah wanita yang paling aku cintai. Aku selalu menggoda dan membujuknya (berbuat dosa) tapi dia menolak. Hingga akhirnya aku memberinya (pinjaman) 100 dinar. (Jelasnya), dia memohon wang pinjaman dari ku (karena dia sangat memerlukan dan terpaksa), maka (aku jadikan hal itu sebagai helah untuk mendapatkan kehormatannya). Maka aku datang kepadanya membawa wang tersebut lalu aku berikan kepadanya dengan bersyarat menggadaikan kehormatannya. Ketika aku hampir melaksanakan kemungkaran, dia berkata, ‘Bertakwalah engkau kepada Allah, janganlah engkau merosakkan kehormatan ku kecuali dengan haknya’. Maka dengan segera aku berdiri dan keluar meninggalkan wang 100 dinar itu (untuknya). Ya Allah, bila Engkau tahu bahawa apa yang aku kerjakan itu hanya karena aku takut kepada Mu, maka keluarkanlah kami (dari gua ini)”
Tiba-tiba bergeserlah batu itu sekali lagi, dan Allah pun mengeluarkan mereka dari gua, lantaran keikhlasan dan kejayaan mujahadah mendidik hawa nafsu (HR. al-Bukhari dan Muslim)
Alhamdulillah moga Allah membantu kita dalam mendidik nafsu, agar dapat membawa kita kepada kemuliaan abadi. Didiklah dan proses nafsu dengan istiqamah, dan jangan putus asa kerana proses itu akan berterusan sehingga kita menutup mata. Nafsu tetap menggoda kita sehingga akhir hayat. Justeru persiapkan perisai mujahadah. Semoga redo abadi milik kita.